Oleh Anis Malek
Pengarah
Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK), Mohd Roslan Mahayudin (tengah) bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa
KPDNKK Abdul Rosik Yakub (kiri) dan Pengarah Kanan Pemasaran (Asia Pasifik),
Roland Chan (kanan) memberi penerangan mengenai isu perisian tanpa lesen dalam
sidang media di Hotel Concorde, Shah Alam.
SHAH ALAM: Selangor mencatatkan kedudukan
tertinggi iaitu sebanyak 26 kes daripada 84 kes yang dihasilkan daripada
pembanterasan program komputer salinan langgaran oleh Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada tahun 2015.
“Daripada
84 kes yang telah dihasilkan daripada operasi terbabit, sebanyak 259 unit komputer dan 1,539 salinan
komputer langgaran berjaya dirampas,” jelas Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd
Roslan Mahayudin.
Berdasarkan hasil rampasan tersebut, jumlah
nilai anggaran perisian adalah sebanyak RM 16.2 juta.
Operasi
penguatkuasaan pembanterasan telah dijalankan ke atas syarikat yang menggunakan
program komputer salinan langgaran dalam operasi perniagaan mereka.
Sementara
itu, Roslan juga mengumumkan prestasi
penguatkuasaan dalam operasi penangkapan perisian cetak rompak di seluruh
negara pada tahun 2015 meningkat.
“Peningkatan
ini menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh syarikat yang menggunakan
perisisan cetak rompak adalah serius,” kata Roslan.
Menurut
Roslan, sebanyak 603 kes telah dihasilkan pada tahun 2015 yang membabitkan aktiviti
pembanterasan kegiatan cetak rompak terutamanya yang melibatkan aktiviti muat
turun lagu dan filem tanpa kebenaran pemilik hak cipta.
“Kesalahan
tersebut boleh disabitkan di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan denda sebanyak RM 2
ribu hingga RM 20 ribu atau hukuman penjara 5 tahun,” jelas Roslan dalam sidang
media tersebut.
Selain
itu, menurut Roslan, KPDNKK akan terus berusaha melakukan operasi membanteras
cetak rompak dengan menjalinkan hubungan erat bersama pemilik hak cipta.
“Kami
pada ketika ini menjalinkan hubungan dengan The Software Alliance (BSA) dalam
membanteras kegiatan cetak rompak,” tambah Roslan.
No comments:
Post a Comment